Wannura Kristal

TERAPI KESIHATAN ALAMIAH

  • WANNURA KRISTAL

  • Log Masuk / Keluar

  • Blog Stats

    • 56,869 hits
  • RSS Wannura Terapi

    • Jom kita ketahui khasiat barli. 21 Oktober 2020
      1. Menurunkan paras kolesterol dalam darah. Kajian klinikal di Australia, Kanada dan Amerika Syarikat melaporkan bahawa serat daripada barli sangat berkesan dalam merendahkan kolesterol dalam darah. Serat yang tidak mudah larut dalam barli tinggi dalam beta-glucan yang mana boleh mengelakkan … Teruskan membaca →
  • RSS Wannura

    • POKOK BARLI 21 Oktober 2020
      BARLI atau nama botaninya Hordeum Vulgarie dikatakan bijirin pertama yang telah ditanam di Timur Tengah. Pokok barli tergolong dalam keluarga Gramineae dan menyerupai pokok gandum yang banyak ditanam di negara-negara Barat. Jom baca khasiat barli yang terlalu banyak ini. Barli ditanam daripada biji sehinggalah ia menjadi pokok yang tingginya kira-kira satu m […]
  • RSS Wannura Orkid

    • Bulbophyllum blepharistes (Rchb.f.)- orkid spesis 1 November 2012
      Orkid spesis Bulbophyllum blepharistes (Rchb.f.) yang tahan lasak mempunyai dua helai daun ini agak mudah ditemui di kawasan hutan yang mempunyai cuaca kering, tumbuh dari ketinggan aras laut hingga sekurang-kurangnya 800 meter. Ia mempunyai umbi semu atau pseudobulb yang sederhana besar, agak tebal dan berbentuk bersegi empat serta daunnya juga agak tebal s […]
  • RSS Wannura Petua Amalan

    • Petua kuruskan badan dengan air barli 21 Oktober 2020
      Resipi air barli untuk menguruskan badan: Bahan-bahannya ; Setengah cawan barli dan tujuh gelas air, sebatang kayu manis ceylon Lemon Madu ( kalau nak manis) Rebus barli + kayu manis ceylon dengan air selama 30-45 minit, sampai barli kembang. Kemudian … Teruskan membaca →
  • RSS Wannura Rempah Ratus

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Wannura Herba

    • Pokok Dukung Anak 29 Julai 2020
      Pokok dukung anak (Phyllanthus niruri) Kegunaan: > Melancarkan kencing > merawat penyakit kencing berdarah > merawat bisul di kelopak mata > merawat penyakit hepatitis B Cara-cara menggunakannya tumbuk segenggam daun bersama lima ulas bawang merah. Campurkan dengan sedikit santan dan … Teruskan membaca →
  • RSS Wannura Aroma

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Wannura Anatomi

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Amal Ibadat Orang Islam

  • RSS Asal Usul Orang Melayu

    • Jenis-jenis amalan khurafat orang Melayu 28 Oktober 2013
      Diantara jenis-jenis amalan khurafat orang Melayu adalah seprti berikut; 1. Anggapan sial atau membawa malapetaka kepada seseorang ataupun masyarakat dengan kehadirannya dan amalan buang sial: tepung tawar, Lenggang perut, Mandi bunga/Sintok limau dan Mandi Safar. Islam menganggap setiap orang itu … Teruskan membaca →
  • RSS Darah Daging dan Nafas Manusia

    • Golongan Darah 2 Julai 2010
      Golongan darah adalah ciri khusus darah dari suatu individu karena adanya perbedaan jenis karbohidrat dan protein pada permukaan membran sel darah merah. Dua jenis penggolongan darah yang paling penting adalah penggolongan ABO dan Rhesus (faktor Rh). Di dunia ini sebenarnya dikenal sekitar 46 jenis antigen selain antigen ABO dan Rh, hanya saja lebih jarang d […]
  • RSS Doa Ayat dan Zikir

    • Doa setelah mencapai usia 40 tahun 4 Jun 2016
      Allah Ta’ala berfirman, حَتَّى إِذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِينَ سَنَةً قَال رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ “Sehingga apabila dia telah dewasa … Teruskan membaca → […]
  • RSS Gunung Ganang di Malaysia

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Gunung Ledang Melaka

    • Biodata dan tarikh lahir Puteri Gunung Ledang 21 Ogos 2012
      Berikut adalah biodata dan tarikh lahir Puteri Gunung Ledang untuk tindakan tuan selanjutnya. Nama beliau yang asal ialah Raden Puteri Mas Nyawa. Kemudian di gelar Raden Puteri Ratna Gumilah Sari atau Puteri Siti Jamilah. Bapanya ialah Sultan Ali Akabar Al … Teruskan membaca →
  • RSS Jalan Akhirat

    • HAKIKAT MUHAMMADIAH 25 April 2019
      Hakikat Insan yang menguasai keturunan Adam a.s membekalkan segala bentuk maklumat yang diperlukan oleh bangsa manusia untuk menjadi khalifah di bumi. Walaupun begitu Allah s.w.t memperingatkan: Kami firmankan: “Turunlah kamu sekalian dari (syurga) ini, kemudian jika datang pada kamu satu … Teruskan membaca →
  • RSS Kehidupan Nabi Muhammad saw

    • Solat cara Nabi Muhammad saw 31 Ogos 2010
      Berdiri untuk solat Berdiri dengan lurus, kedua belah kaki sama tegak, mengarah kiblat dengan menundukkan pandangan memandang ke tempat sujud dan mengarahkan hujung-hujung jari kaki ke kiblat dengan merenggangkan antara dua kaki(jangan sangat dirapatkan dan jangan sangat dijauhkan. Takbiratul ihram Takbiratul ihram ialah mengangkat tangan dan meletakkan tang […]
  • RSS Pakcikli00 Dukun Asmara

  • RSS Rahsia Kayu Batu dan Logam

    • Maharaja kayu 22 Oktober 2013
      Sudah lama saya tak masuk ke webblog ini, apatahlagi menghantar entrynya. Terdapat 177 komen yang maseh tertapis kerana tidak ada masa untuk melepaskannya. Sudah lama saya tidak mencari berbagai jenis kayu bertuah di hutan belantara, sejak saya ketiadaan kereta pacuan … Teruskan membaca →
  • RSS Rahsia Rumahtangga

    • Janda mudah parah ditikam tujuh kali 4 Ogos 2012
      KOTA BHARU: ‘Parkir asmara’ sebuah pasar raya di sini, seperti didedahkan muka depan akhbar ini 8 Jun lalu, bertukar ‘parkir berdarah’, apabila seorang pelatih salun parah ditikam sekurang-kurangnya tujuh kali di kepala, leher dan muka menggunakan gunting oleh bekas suaminya … Teruskan membaca →
  • RSS Sejarah Hang Tuah

    • Keungulan wanita dalam sejarah Melayu lama 1 September 2012
      PERANAN WANITA YANG UNGGUL DALAM BUKU ‘ SEJARAH MELAYU’ TUN SRI LANANG ( Tulisan teks ini, mengambil contoh-contoh daripada buku histiografi sejarah terkemuka alam Melayu,Nusantara, iaitu ‘ Sejarah Melayu’) Wanita Peranan golongan wanita dalam politik tradisional Melayu mencakupi pelbagai bidang … Teruskan membaca →
  • RSS Sejarah Pulau Besar Melaka

    • Waris Sultan Melaka kembali tuntut tahta setelah lama menghilang 27 Ogos 2012
      KOSMO! – KUALA LUMPUR – Setelah hampir dua tahun menghilangkan diri, ahli perniagaan yang mendakwa dirinya pewaris takhta Sultan Melaka semalam tampil semula dengan ‘perjuangan’ terbarunya. Raja Noor Jan Shah Raja Tuah, 53, kali ini membawa dua lagi alat kebesaran … Teruskan membaca →
  • RSS Syariat Hakikat Tarikat Makrifat

    • Syeikh Abdul Wahab Rokan dan Tarikat Naksyabandiah 6 September 2010
      Kendati telah wafat sejak sekitar 77 tahun silam, keberadaannya terasa di Kampung Babussalam, Tanjung Pura, Langkat, Sumatra Utara. Peziarah mengalir ke makamnya di kampung yang didirikannya. Syekh Abdul Wahab Rokan memang dikenal sebagai ulama ternama di Sumaera. Lahir pada 19 Rabiul Akhir 1230 H (28 September 1811) di Kampung Danau Runda, Rantau Binuang Sa […]

Batu Badar Besi – Magnetsteen

Posted by zainura66 di 19 Julai 2010

Batu badar besi juga biasa disebut sebagai batu pati ayam atau istilah sainsnya ialah magnetsteen kerana apabila diajukan besi magnet padanya, batu tersebut akan bergerak berputar-putar. Masyarakat umum mengenali batu badar besi dalam golongan pusaka mistik yang diyakini memberi khasiat dan kelebihan yang banyak.

Batu badar besi mengandungi unsur ferum dengan kandungan oksigen yang tinggi sehingga memiliki warna abu kehitaman dan memiliki kekerasan 5-6 skala Mohs. Sebenarnya batu badar besi banyak dijumpai didaerah brazil, mexico, Australia dan amerika yang mana dekat dgn kawasan pergunungan yang sering terjadi banjir lahar ratusan tahun dahulu.

Cerita masyur yang diketahui mengenai khasiat batu badar besi adalah banyak sekali. Yang paling utamanya ialah anti senjata tajam atau kebal bahkan kebal kepada peluru. Lainnya ialah sebagai pagar diri, mampu melindungi pemiliknya dari bahaya sihir, anti cukur dan menghindarkan aura jahat.

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Batu Kecubung – Amethyst

Posted by zainura66 di 19 Julai 2010

Batu Amethyst yang juga dikenali sebagai kecubung merupakan batu yang berwarna ungu. Kecubung berasal dari perkataan Greek yang bermaksud penawar dimana wujud kepercayaan lama menunjukkan arak yang diminum di dalam gelas amethyst tidak akan menyebabkan sipeminumnya menjadi mabuk. Amethyst atau kecubung mempunyai kekerasan 7 pada skala Mohs.

Kecubung dipercayai telah mula digunakan sejak zaman awal Mesir kuno. Kecubung yang berkualiti hanya boleh didapati di negara-negara seperti Brazil, Uruguay, Siberia, Russia dan India.

Batu Kecubung merupakan batu permata yang popular sebagai bahan perhiasan raja-raja dan pembesar-pembesar negara zaman lampau. Selain warna ungu, ia juga mempunyai beberapa warna yang menarik. Contohnya bewarna merah jambu tetapi kecubung yang paling berharga semestinya bewarna ungu kebiru-biruan. Batu Kecubung/ Amethyst merupakan birthstone untuk mereka yang lahir pada bulan Februari. Dimata umum masyarakat, kelebihan dan keistimewaan kecubung ialah untuk pengasihan dan bisa mewujudkan aura menawan kepada pemakainya.

Posted in Uncategorized | 2 Comments »

Batu Delima Merah – Ruby

Posted by zainura66 di 19 Julai 2010

Ruby atau batu delima merah dikenali kerana warna merahnya yang menggambarkan perasaan cinta, kuasa dan kemegahan. Inilah raja segala batu permata atau dikenali sebagai “king of germstone”yang begitu popular diseluruh nusantara bahkan seantero dunia. Delima merah amat sinonim dan mashyur dalam masyarakat melayu kerana kecantikan fizikal batu ini dan khasiat yang menjalarinya, batu ini juga sebenarnya terdapat dalam warna merah jambu (pink) dan merah hati (merah tua).

Delima adalah batu permata yang sangat keras dengan ukuran 9 pada bacaan skala Mohs. Delima yang paling popular tentunya berasal dari negara Burma (sekarang Myammar) kerana kualiti dan kecantikan batunya. Walaubagaimanapun terdapat juga bekalan batu delima yang berkualiti yang dilombong dari negara lain seperti negara Afrika selatan, pakistan, Afghanistan, Tanzania dan negara India.

Ruby atau delima merupakan birthstone ataupun batu untuk mereka yang lahir pada bulan Julai. Didalam pengentahuan masyarakat melayu nusantara, Delima merah berada dalam mitos khasiat yang paling tinggi iaitu untuk pelindung diri dari ancaman jahat termasuk sihir, bagi pembesar atau pemerintah, Ruby dikatakan dapat membuka aura keagungan yang menjadikan orang ramai patuh pada pemakainya. Kelebihan Delima merah yang paling masyur dalam masyarakat melayu ialah kebal umum dan bagi golongan peniaga pula dikatakan untuk kekayaan.

Posted in Uncategorized | 4 Comments »

Batu Mata Kucing – Cats Eye

Posted by zainura66 di 19 Julai 2010

Batu mata kucing atau ‘cats eye’ diberi nama kerana apabila didalam kegelapan dan ada sedikit cahaya, maka akan muncullah segaris sinar pada batu ini mirip mata haiwan bernama kucing. inilah uniknya batu ini sehingga ramai yang tergila-gila mencarinya. Batu cats eye ini banyak terdapat dalam warna coklat kehitaman, kuning madu dan warna hijau muda. cats eye mempunyai ketahan yang kuat kerana batu ini mempunyai kekerasan pada ukuran 8-9 pada skala Mohs.

Chrysoberyl merupakan batu permata yang mempunyai nilai yang tinggi di pasaran dengan kualti yang sangat baik. Negara pengeluar utama batu mata kucing ini termasuklah Russia, Tanzania, Sri Lanka, India, Brazil, dan Timur Afrika. Cats eye @ Chrysoberyl menjadi batu yang digemari oleh ramai peminat dan pengumpul yang profesional. Ini kerana batu permata ini sangat sukar untuk didapati dan harganya yang agak mahal.

Cat’s eye yang baik mempunyai cahaya sebagai jaluran di bahagian tengah. Apabila membeli batu yang asli, pastikan “mata kucing” pada batu tersebut berada di bahagian tengah dan “mata” tersebut boleh “terbuka” dan “tertutup” apabila batu itu dicondongkan. Kelebihannya dimata umum dikatakan banyak sekali seperti memberikan keyakinan dan menjadikan lawan /musuh gerun dan takut pada kita serta memberi aura penarik kepada pemakainya juga dikaitkan dengan kesihatan (menghindar penyakit fizikal dan mengelak sihir).

Posted in Uncategorized | 3 Comments »

Batu Mata Harimau – Tiger Eye

Posted by zainura66 di 19 Julai 2010

BATU TIGER EYE juga dikenali sebagai batu mata harimau ini tergolong dalam keluarga Quartz. Batu ini diberi nama kerana warna dan jaluran cahaya yang meliputinya apabila dipandang seolah-olah seperti mata sang harimau yang sedang merenung tajam. Warna dominan bagi batu ini ialah kuning yang bercampur dengan hitam dan campuran coklat serta oren.

Kekerasan skala mohs bagi batu tiger eye ialah pada bacaan 7 yang banyak dijumpai di negara afrika selatan, russia, australia barat, negara jerman dan china. Tiger’s eye sesuai dipakai oleh semua golongan dan berbagai peringkat lapisan masyarakat. Khasiat dan kekuatan yang menjalarinya dipercayai menjadikan pemakainya akan digeruni lawan dan dihormati kawan, segala perintah dan kata-kata sipemakainya akan mudah diterima dan dipatuhi orang. Batu ini juga dipercayai menjadi senjata menangkis pebuatan sihir dan jahat.

Posted in Uncategorized | 4 Comments »

Batu Jarum Mas

Posted by zainura66 di 19 Julai 2010

Batu jarum mas termasuk dalam kumpulan batu-batu jenis Quartz iaitu ia adalah jenis Rutilated Quartz. Terdapat banyak warna batu dalam kumpulan quartz ini seperti warna merah jambu, kuning, biru dan hijau serta hitam dan putih tetapi batu jarum mas biasanya mempunyai warna dominan jernih keputihan dengan didalamnya terdapat hablur warna kuning yang terbentuk memanjang seolah-olah seperti bentuk jarum.

Batu jarum mas mempunyai paling banyak jenis dan nama kerana quartz ialah salah satu unsur mineral yang paling banyak didapati dibahagian kerak bumi. kekerasan batu jenis ini berada pada ukuran 7 skala Mohs. terdapat catatan menyatakan quartz adalah bahan yang biasa digunakan sebagai bahan mistik dalam mitologi orang asli Australia yang menunjukkan batu ini mempunyai khasiat dan kelebihan yang besar dalam dunia mistik. didalam masyarakat melayu nusantara, Batu jarum mas dipercayai menjadi alat pertahanan diri dan untuk keselamatan pemakainya.

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Batu Nilam

Posted by zainura66 di 19 Julai 2010

Batu Nilam juga biasa disebut sebagai sapphire atau safir. Batu nilam amat dikenali didunia perbatuan sebagai batu yang digemari ramai pencinta batu permata dan sukar untuk diperolehi. Struktur mineralnya adalah berbentuk kristal tunggal aluminium oksida yang mana menyebabkan nilam memiliki kekerasan yg cukup tinggi iaitu bacaan 9 pada skala Mohs. Nilam dipasaran ketika ini banyak berasal dari negara Burma, Srilangka, Thailand, Russia, kalimantan Indonesia dan juga Afrika.

Batu permata Nilam yg terkenal didunia adalah blue shaphire (safir berwarna biru) yang mana struktur mineral dan seratnya memiliki keunikan pancaran cahaya yang berbeza-beza menjadikannya kelihatan amat mempersonakan. Terdapat juga nilam berwarna hitam, kuning dan putih tetapi harganya tidak standing dengan nilam berwarna biru.

Kelebihan dan mitos yang menjalar pada batu nilam ini diyakini dapat menjernihkan fikiran, meningkatkan kekuatan fizikal dan kedamaian hati, membawa kebahagiaan, meningkatkan keyakinan dan tujuan hidup. Raja-raja dan para pemerintah negara memakai nilam untuk menampilkan wibawa dan sebagai pertahanan yg kuat terhadap bahaya. Keistimewaan dimata umum yang paling utama bagi batu nilam ini ialah menyerlahkan aura penarik bagi pemakainya. Batu yang istimewa ini ialah birthstone atau batu yang sesuai untuk mereka yang lahir pada bulan september.

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Batu Pirus

Posted by zainura66 di 19 Julai 2010

Batu Pirus juga dipanggil sebagai “turqouise”dikenali ramai pecinta batu permata sebagai batu yang berwarna biru dan hijau dengan jaluran urat yang menarik dan unik terbentuk padanya. Batu pirus mempunyai campuran mineral tembaga, aluminium dan ferum (besi) yang memberikan peranan terhadap pembentukan warnanya. semakin biru warnanya menunjukkan kandungan tembaga didalamnya adalah tinggi dan jika warna hijaunya yang menonjol, menunjukkan kandungan ferum (besi) pula tinggi.

Batu pirus direkodkan mempunyai kekerasan pada bacaan 5-6 pada skala Mohs. Ia banyak di jumpai di negara Iran, Afghanistan, Israel, Amerika dan negara Mexico. Biasanya batu ini banyak dipakai oleh mereka yang berumur 40 tahun keatas. Peminat batu ini begitu teruja dengan pirus kerana keindahan dan keunikan urat-urat batunya yang terbentuk dengan menarik dan cantik.

Batu pirus yang paling terkenal dan tinggi harganya dipasaran ialah pirus berwarna biru atau hijau dari negara Iran yang tidak memiliki jaluran atau corak diatasnya. Khasiat yang menjalari batu istimewa ini dipercayai membantu dalam proses penyembuhan penyakit, memberikan ketenangan minda dan membuka aura kekuatan diri khususnya kekuatan dalaman atau rohani.

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Batu Marjan

Posted by zainura66 di 19 Julai 2010

Batu Marjan atau dikalangan orang Melayu dikenaki Batu Karang Laut. Asal Usul batu Marjan ni adalah daripada darah-darah yang terpercik dari tubuh badan bala tentera firaun ketika Nabi Musa A.S menutup belahan laut dengan tongkatnya. Maka tenggelamlah bala tentera firaun yang mengejar nabi Musa A.S kedalam laut sambil tercedera terkena senjata, karang-karang dan batu batuan yang terdapat di laut laut. Setelah beberapa ratus tahun peristiwa itu mereka yang terpercik membeku dan membentuk batu yang bewarna darah dan mempunyai tekstur-tekstur pelik dalam urat-urat batu tersebut seperti urat-urat manusia dan berbagai kalimah.

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Rahsia Batu Kristal

Posted by zainura66 di 19 Julai 2010

PENGENALAN

Kristal boleh didapati dalam semua tempat di dunia ini dalam keadaan bentuk yang pelbagai. Ianya adalah simbol kemegahan dan kekuasaan sebagaimana kristal digunakan pada mahkota dan tongkat ataupun camar.

Perubatan tradisional menggunakan kristal telah mengalami pelbagai perubahan mengikut edaran masa dan ramai yang mendapati tenaga kristal banyak memberi manfaat kepada pemiliknya.

Perkataan kristal berasal dari perkataan Greek purba , ”krystallos” yang membawa maksud ’ais’. Kristal adalah ais yang membeku secara keseluruhannya dan tidak akan cair semula. Pembekuan ini adalah mengikut fenomena kejadian alam semulajadi . Semasa pembekuan ini, segala tenaga dikumpulkan dan tersimpan bersama kejadian kristal ini. Sebab itulah kristal mengandungi tenaga yang berterusan sehinggalah kemusnahannya. Tenaga yang tersimpan itulah yang digunakan untuk kehidupan seharian kita.

BAGAIMANA KRISTAL BERFUNGSI?

Kristal mempunyai keupayaan elektromagnet yang kuat. Keupayaan ini dapat mempengaruhi medan elektromagnet yang terdapat pada diri manusia ataupun disebut sebagai AURA. Apabila berlaku kepincangan pada aura manusia, maka dengan meletakkan kristal kristal tertentu pada badan manusia, medan elektromagnet kristal tersebut akan mempengaruhi serta memperbaiki medan elektromagnet manusia sehinggalah menjadi stabil semula. Maka berlakulah penyembuhan pada diri manusia tersebut.

MEMILIH KRISTAL

Perkara utama dalam memilih batu Kristal untuk kegunaan peribadi adalah dengan percaya kepada naluri diri dan tarikan tenaga kristal tersebut, Jika merasakan kristal tersebut sesuai dengan diri kita, beli sahaja kristal tersebut tanpa banyak berfikir mengenainya. Pemilihan juga bergantung kepada kegunaan kristal tersebut berdasarkan kepada warna dan jenis kristal.

Jika pemilihan kristal tersebut untuk orang lain (sebagai hadiah dan sebagainya ), bayangkan wajah orang berkenaan dan kemudian tumpukan kepada kristal tersebut, Jika dirasakan sesuai, maka belilah kristal tersebut, jika tidak, carilah kristal lain .

JENIS KRISTAL

1. ”SINGLE TERMINATORS”
Mempunyai 6 persegi dan satu bahagian tajam yang bertindak sebagai pemokus untuk aliran tenaga kristal tersebut. Kebiasaannya digunakan untuk kegunaan umum dan pengubatan.

2. ”DOUBLE TERMINATORS”
Mempunyai 2 bahagian hujung yang tajam dan kedua bahagian tersebut digunakan sebagai penyalur tenaga. Tenaga yang ada disatukan dan disalurkan kepada pengguna atau mengikut niat serta bayangan minda .

3. ”CLUSTER”
Batu batu kristal yang kecil terhimpun di dalam satu himpunan. Kebiasaannya ’cluster’ kristal Amethyst banyak terdapat di pasaran.. Berfungsi untuk mengimbang dan mengharmonikan tenaga di tampat di mana cluster tersebut diletakkan. Cluster ini juga berfungsi sebagai pengecas dan pembersih tenaga kepada kristal kristal yang telah digunakan. Letakkan kristal yang lain selama 5 jam di dalam cluster ini untuk tujuan mengecas dan membersihkannya.

4. PIRAMID
Merupakan kristal yang mempunyai bentuk geometrik yang tenaganya terfokus di bahagian puncak piramid. Amat sesuai untuk dibawa bermeditasi dan diletakkan di dalam bilik. Kelebihannya adalah terdapat dua jenis tenaga yang dapat disalurkan iaitu tenaga kristal itu sendiri dan tenaga piramid hasil daripada penyerapan tenaga alam semester serta dipancarkan berterusan.

ETHEREAL CRYSTAL

KONSEP DASAR

Penyembuhan Tenaga Kristal tanpa penggunaan kristal
Menggunakan teknik penyerapan energi Kristal dari alam (Ethereal Crystal) melalui proses attunement . Energi Kristal Ethereal lebih kuat berbanding dengan energi Kristal Asli

Terdapat 9 Tingkat Attunement (Attunument 1-2-3. 4-5-6 dan 7-8-9). Masing masing mewakili kelompok kristal tertentu .Dapat digabungkan dengan teknik penyembuhan lain seperti Reiki dan Tenaga Dalam .Untuk mendapatkan hasil yang maksimum, perlu didukung dengan pengetahuan mengenai ‘Crystal Healing’

KELOMPOK KRISTAL

Kelompok 1-2-3

Amber ,Amethyst ,Aquamarine, Aventurine, Pink Beryl (Morganite) ,Blue Lace Agate , Botswana Agate ,Green Calcite, Carnelian , Chrysocolla , Citrine, Clear Quartz, Diamond, Single Terminated Clear Quartz Crystal, Emerald , Hematite, Red Jasper, Malachite, Rose Quartz , Ruby , Sodalite, Turquoise

Kelompok 4-5-6

Alexandrite ,Amazonite, Azurite, Bloodstone, Gold Calcite, Fire Opal ,Fluorite, Red Garnet, Jade, Lapis Lazuli, Moldavite, Moonstone, Peridot, Pyrite, Blue Sapphire, Yellow Sapphire, Black Tourmaline, Violet Tourmaline, Pink Tourmaline, Double Terminated Clear Quartz Crystal

Kelompok 7-8-9

Charoite, Sugilite, Rhodocrosite, Pyritsun, Prasem (African Jade), Snowflake Obsidian, Apache Tears, Moqui Marbles, Boji StonesTektite, Chalcedony, Larimar (Atlantis Stone), Labradorite, Kunzite, Heliotrop, Cyanite, Apophyllite, Ruby-Zoisite, Tansanite

CARA PENGGUNAAN

Penyembuhan

Visualisasikan Batu Kristal diletakkan ke Cakra atau organ / tubuh pesakit serta menyebut nama Kristal yang hendak digunakan. Energi akan terus mengalir dan aliran tenaga akan terhenti apabila penyembuhan telah sempurna atau dapat dihilangkan jika tidak dikehendaki lagi.

Gem Elixir

Secara konvensional, pembuatan Gem Elixir adalah dengan cara merendamkan batu kristal ke dalam air selama 12 – 24 jam. Dengan menggunakan Etherel Crystal, Gem Elixir dapat dibuat dalam beberapa waktu minit sahaja. Elixir ini memiliki kekuatan 400% (Setelah mndapatkan attunement ke tahap 3). Caranya : Visualisasikan dan niatkan energi kristal diletakkan ke dalam air yang dimaksudkan.

Penguatan Batu Kristal

Niatkan dan letakkan secara visualisasi batu Kristal Etherik ke dalam batu kristal yang ingin diperlukan

‘Clear Quartz’

Dapat dilakukan pointing (arah) ke posisi yang dimaksudkan. Cukup dengan niat sahaja.

‘ETHEREAL CRYSTAL ATTUNEMENT’

Setelah menerima Attunement Kristal Etherik sehingga ke tahap 9 , anda dapat memberi attunement yang sama kepada orang lain secara berperingkat peringkat.

Terdapat 3 peringkat Attunement . Setiap peringkat akan diselaraskan sebanyak 3 peringkat iaitu attunement pertama akan menyelaraskan kelompok 1-2-3. Attunement Kedua akan menyelaraskan kelompok 4-5-6 dan hanya dapat dilakukan selepas 5 hari attunement pertama. Manakala Attunement Ketiga akan menyelaraskan kelompok 7-8-9 dan hanya dapat diselaraskan selepas 5 hari attunement tahap kedua dilakukan.

Bagi Pengamal Aura Asshifa, attunement / penyelerasan ini dapat dibuat sekali gus kepada orang lain.

. Setiap attunement akan mengambil masa selama 25 minit

Bayaran Kursus RM 150.00

Boleh di’attunement’kan secara jarak jauh.

Manual dan CD gelombang alpha dan Theta akan diberikan.

Posted in Uncategorized | 4 Comments »