Wannura Kristal

TERAPI KESIHATAN ALAMIAH

Kristal mimpi dan cinta

Posted by Wannura di 19 Julai 2010

Dalam tradisi suku kaum Senoi, kristal Herkimer diguna kan sebagai batu mimpi untuk melindungi mereka selama tidur dan membantu untuk mereka mengingati mimpi.Perlu kita ingat bahawa bagi, suku ini mimpi merupakan suatu yang penting dan harus di ingati sebagai satu pertunjukKristal jenis ini amat baik untuk mereka yang sama sekali tidak dapat mengingati mimpi.Kristal Herkimer dapat membantu keseimbangan dengan membawa apa yang ada dialam bawah sedar_kepada kesedaran sejati.Kristal kuarsa merah muda juga berperanan seperti yang di sebut di atas dengan meletaknya di bawah bantal akan akan membantu mengingati mimpi sekaligus menghindari mimpi buruk.

Berbalik kepada suku Senoi ada satu kisah yang menarik.Ceritanya mengenai seorang ibu dan anak perempuanya.Ceritanya begini seorang ibu telah mengalami sakit yang menyebabkan dia tidak dapat berjalan.Ibu ini dari suku senoi yang menetap di pendalaman pahang.Suatu hari anak gadisnya bermain di sungai sambil mengutip batu-batu sungai untuk di bawa balik kerumah.Sampai di rumah batu-batu itu di ambil oleh si ibu tadi lalu di sembunyikan di bawah bantal.Pada malam harinya ibu tadi telah bermimpi dapat melihat tempat dimana batu sungai itu berasal.Beliau juga dapat melihat dengan jelas apa yang di laku kan oleh anak tadi.Beliau pun menceritakan pada anaknya tentang mimpinya itu,anak itu mengesahkan benar apayang di ceritakan oleh ibunya.Teknik ini adalah semacam”psikometri mimpi” mempunyai kemungkinan penggunaan yang menarik sebuah variasi dari teknik yang di ceritakan di atas dapat di gunakan untuk menimbulkan mimpi pertemuan dengan orang yang di cintai.
Dua sahabat atau kekasih saling menukar kristal pada saat mereka berpisah,kemudian dengan memegang kristal orang yang di cintai ketika mereka tidur atau meletakkan di bawah bantal.Mereda dapat membawa gambaran orang tersebut dalam fikiran.Kesimpulanya selain dari kegunaan penyembuhan kristal juga dapat mengeratkan kasih (pengasih).Dengan cara membeli kristal,basuh dengan air garam,berikan aura cinta pada kristal lalu hadiahkan kepada orang yang ingin kita pikat.Mudah, tanpa perlu korbankan akidah anda.

KEAJAIBAN BATU PERMATA & KRISTAL APABILA DIGUNAKAN TEKNIK YANG BETUL

Ramai lelaki dan wanita memakai batu permata bersama cincin, rantai leher, gelang kaki dan tangan. Namun jarang orang mengetahui kelebihan dan manfaatnya terutamanya apabila digunakan dengan teknik yg betul. Keajaiban batu permata & kristal telah diketahui semenjak Zaman Batu (Dan Permata!).

Bangsa Lemuria dan Atlantis menggunakannya untuk melakukan keajaiban-keajaiban yang tidak dapat difikirkan oleh ahli-ahli sains sehingga sekarang seperti mengangkat batu-batu besar yang berat dengan menggunakan kuasa yang tersimpan di dalam kristal, memanipulasi dan menguasai fikiran orang lain malah menyimpan sejarah bangsa mereka di dalam batu kristal bukannya di dalam buku !.

Anda kata mustahil? Tahukah anda bahawa maklumat-maklumat pada zaman sekarang disimpan di dalam cip-cip komputer misalnya kad ATM, kad pengenalan pintar (smart card), kad handphone dan sebagainya. Cip-cip itu pula dibuat daripada sejenis bahan yang terdapat di dalam batu kristal iaitu silikon atau silika! Setelah kad-kad tadi diimbas maka maklumat yang tersimpan di dalamnya dapat dibaca menerusi mesin ATM (semasa mengeluarkan wang), handphone dan mesin pengimbas.

Di Amerika Syarikat pula pusat IT (teknologi komputer & maklumat) merupakan kawasan yang paling elit dan tercanggih dikenali sebagai Lembah Silikon atau Silicon Valley! Sekarang Kerajaan Malaysia sedang berusaha menjadikan Cyberjaya maju seperti Lembah Silikon.

Manfaat batu permata apabila digabungkan dengan betul boleh menghasilkan berbagai kelebihan antaranya
menyembuhkan berbagai-bagai penyakit yang berpunca daripada fizikal, emosi, mental dan rohani;
menarik kemakmuran, kemewahan dan kekayaan;
menguatkan ingatan jangka panjang;
meningkatkan kesabaran dan toleransi;
meningkatkan intuisi;
menajamkan kreativiti;
meningkatkan spiritual;
menarik wang dan rezeki;
memberikan tenaga kepada tubuh fizikal;
dan banyak lagi.

Tinggalkan komen