Batu Serai
Posted by Wannura di 19 Julai 2010
BATU SERAI hanya diperolehi daripada pokok serai kampung yang berbunga atau pada tumbuhan-tumbuhan yang mengeluarkan bunga seakan bunga padi. Untuk makluman semua, pokok serai adalah tumbuhan yang amat sukar untuk mengeluarkan bunga dan pokok serai yang mengeluarkan bunga amat sukar dan jarang-jarang untuk ditemui. Jika ditemui pokok serai berbunga, untuk mengambil batu-batu yang terdapat dibahagian bawah perdu pokok serai tersebut memerlukan kaedah dan cara-cara yang tertentu dan hanya orang-orang yang arif dengannya saja yang berjaya mendapatkan batu serai. Terdapat pelbagai jenis warna yang biasa didapati seperti warna merah, kuning, warna jernih, biru,hijau dan unggu.
Kelebihan dan keistimewaan batu serai dimata umum ialah untuk pemanis dan pelaris.
noa said
assalammualaikum.. Saya mempunya batu serai jernih dan terdapat di dalamnya biji2 kristal.saya memiliki batu serai ini pd tahun 2002, saya pernah menguji batu serai ini dengan cara membawa bersama saya dan memasuki kedai yg tiada pelangan.selepas dlm 2 ke 3 minit di dalam kedai tersebut,orang ramai mula memasuki kedai tersebut, saya buat pada kedai2 yg lain,hasilnya sama,baru2 ni saya telah scankan batu serai tersebut untuk di simpan dalam pc,setelah di save,bila saya zoomkan dgn gambar yg besar,dlm batu serai tu saya lihat ada wajah wanita,mata,lelaki berdoa dan wanita berbaju merah, saya tidak pasti,adakah ianya satu kebetulan, hanya allah maha mengetauhi.
zainura66 said
waalaikumsalam,
janganlah disebabkan kejadian-kejadian yang telah terjadi itu memesongkan tauhid kita dari Allah swt. Itu cuma satu kebetulan sahaja. Benda (batu)hanyalah raga dan tidak mempunyai jiwa tetapi manusia itu mempunyai jiwa dan raga. Keseimbangan di antara rohani dan jasmani serta akal fikiran dapat menilai sesuatu hal itu. Di khuatiri batu itu telah diresapi oleh jin yang berjaya melarutkan fikiran saudara agar tertarik dengannya , tambahan pula ada bayangan wajah wanita di dalamnya. Sekiranya saudara lemah, sudah tentu ia berjaya ‘memukau’ saudara. Wallahua’lam.
akim said
boleh bg tau cmne nak ambik batu serai tu tak?
zainura66 said
Bukannya boleh ambil batu serai sembarangan. Untuk mengambil batu-batu yang terdapat dibahagian bawah perdu pokok serai tersebut memerlukan kaedah dan cara-cara yang tertentu dan hanya orang-orang yang arif dengannya saja yang berjaya mendapatkan batu serai.
Asrul said
salam, nak tanya, kt mana sye blh jumpe org yg blh amik batu serai tu, sbb sye teringin nak amik batu serai secara langsung juge….
hamba ALLAH said
slm.
batu serai ni xde kaitan k dgn bunian@yg sewaktu dgnnya?
zainura66 said
Assalamualaikum,
Batu serai ada kaitannya dengan alam ghaib dan bukan sebarang orang yang boleh mengambilnya.