Batu Mata Kucing – Cats Eye
Posted by Wannura di 19 Julai 2010
Batu mata kucing atau ‘cats eye’ diberi nama kerana apabila didalam kegelapan dan ada sedikit cahaya, maka akan muncullah segaris sinar pada batu ini mirip mata haiwan bernama kucing. inilah uniknya batu ini sehingga ramai yang tergila-gila mencarinya. Batu cats eye ini banyak terdapat dalam warna coklat kehitaman, kuning madu dan warna hijau muda. cats eye mempunyai ketahan yang kuat kerana batu ini mempunyai kekerasan pada ukuran 8-9 pada skala Mohs.
Chrysoberyl merupakan batu permata yang mempunyai nilai yang tinggi di pasaran dengan kualti yang sangat baik. Negara pengeluar utama batu mata kucing ini termasuklah Russia, Tanzania, Sri Lanka, India, Brazil, dan Timur Afrika. Cats eye @ Chrysoberyl menjadi batu yang digemari oleh ramai peminat dan pengumpul yang profesional. Ini kerana batu permata ini sangat sukar untuk didapati dan harganya yang agak mahal.
Cat’s eye yang baik mempunyai cahaya sebagai jaluran di bahagian tengah. Apabila membeli batu yang asli, pastikan “mata kucing” pada batu tersebut berada di bahagian tengah dan “mata” tersebut boleh “terbuka” dan “tertutup” apabila batu itu dicondongkan. Kelebihannya dimata umum dikatakan banyak sekali seperti memberikan keyakinan dan menjadikan lawan /musuh gerun dan takut pada kita serta memberi aura penarik kepada pemakainya juga dikaitkan dengan kesihatan (menghindar penyakit fizikal dan mengelak sihir).
Remy said
salam..boleh saya taw price batu cat eye ne kt psaran n pling cikai price bpa???sya da batu blue cat eye,tpi tk psti ori ke tk…harap rply mcj ne!
PeNaNg KiA !!!
achnad sugiharto said
salam dari indonesia…..boleh saya tahu harga batu mata kucing / cat eye gambar ini ?
zainura66 said
Waalaikumsalam Pak Achnad Sugiharto,
weblog ini hanya memberi maklumat tentang batu-batuan sahaja dan bukan untuk dijual, maaf ya pak. Jika Pak achnad ingin membeli batu cat eye ini boleh di beli di Sabah dan harga yang tidak berapa mahal.