Batu Mata Harimau – Tiger Eye
Posted by Wannura di 19 Julai 2010
BATU TIGER EYE juga dikenali sebagai batu mata harimau ini tergolong dalam keluarga Quartz. Batu ini diberi nama kerana warna dan jaluran cahaya yang meliputinya apabila dipandang seolah-olah seperti mata sang harimau yang sedang merenung tajam. Warna dominan bagi batu ini ialah kuning yang bercampur dengan hitam dan campuran coklat serta oren.
Kekerasan skala mohs bagi batu tiger eye ialah pada bacaan 7 yang banyak dijumpai di negara afrika selatan, russia, australia barat, negara jerman dan china. Tiger’s eye sesuai dipakai oleh semua golongan dan berbagai peringkat lapisan masyarakat. Khasiat dan kekuatan yang menjalarinya dipercayai menjadikan pemakainya akan digeruni lawan dan dihormati kawan, segala perintah dan kata-kata sipemakainya akan mudah diterima dan dipatuhi orang. Batu ini juga dipercayai menjadi senjata menangkis pebuatan sihir dan jahat.
udin said
kira2..berapa harga batu ini pak?
zainura66 said
Ia sebenarnya bergantung kepada saiz, kematangan batu tersebut dan dari mana batu itu datang. Jika di beli ia adalah sekitar $2 hingga $60 (USD)
zul said
kebiasaanya akan dijual dalam harga RM40-60(siap ikat cincin besi)
harga bergantung pada jenis pattern.
http://www.Ge13news.info/ said
continuously i used to read smaller articles or reviews that also clear their motive, and that is also
happening with this post which I am reading here.